Saturday, February 19, 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. 

Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan. 

Pada hari Jumaat, 21 Februari 2011, Panitia Agama Islam SEMSIRA telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah hafazan dan terjemahan ayat suci Al-Quran, persembahan nasyid, ceramah agama dan selawat ke atas Nabi junjungan kita, Muhammad SAW.










Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah SAW. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment